Friday, January 25, 2008

ZULIA.NEWS

Salam & hello buat semua pembaca yang dihormati sekalian, gaji dah masuk semalam dan seperti biasa mesin-mesin atm di seluruh negara menjadi tumpuan para kakitangan kerajaan. Mana kan tidak gaji sebelumnya masuk awal maka penantian untuk kemasukan gaji semalam adalah satu penyiksaan, haha

Jadual pembayaran gaji kakitangan kerajaan tahun 2008

Bulan Tarikh
Hari
Januari 24hb Khamis
Febuari 25hb Isnin
Mac 25hb Selasa
April 24hb Khamis
Mei 22hb Khamis
Jun 25hb Rabu
Julai 24hb Khamis
Ogos 25hb Isnin
September 25hb Khamis
Oktober 20hb Isnin
November 25hb Selasa
Disember 18hb Khamis

Pening kepala dibuatnya untuk menyelesaikan pelbagai jenis bayaran dan tunggakan seperti yuran sekolah anak-anak, petrol, isi rumah dan sebagainya. Maka berbelanjalah dengan bijak! Jika tidak..anda sendiri tahu apa situasinya kan kan kan?


Pemandangan biasa diBANK ketika gaji masuk sehinggakan mesin atm pun jammed dan out of service! Time gaji masuk la, tengah bulan sunyi sepi terus, hm..memang macam tu ek kalau kerja dengan kerajaan?

Kalau macam tu la caranya, baik mai la meniaga prepaid. Sikit masuk pun kira ok jugak. Kalau tak masuk langsung lagi susah.